my DiaRy


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ




10 Disember 2011: Penduduk di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sekali lagi dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini.
Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.
Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.
Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.
Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.
Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.
Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini.
Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

(Hahahaha....maklumat ni just copy and paste je... kat Terengganu tak boleh tengok sebab hujan baru lepas hujan...Em ruginye!!!!!!Alangkah bertuahnye kalu dapat tengok bulan gerhana tu betul2 depan mata....Menurut dalam TV,gerhana bulan akan berlaku pada 2014.. betul ke tidak tak tahu cuma ramalan je..)


HAH!!!! ni Gambar burung hantu..Nak tahu kenapa saye letak gambar ni??? sebabnye pada hari berlakunye gerhana bulan tu,,saye nampak burung hantu ni dekat tiang depan rumah saye..Pelik kan???Kiteorang sekeluarga keluar tengok sebab abang saye yang kate mse tu dia nak keluar,pastu dia nampak burung hantu ni... Teruja rase sebab ini kali pertama nampak burung hantu betul-betul depan mata kiteorang sendiri..Comey sangat.. Kepala anak burung hantu ni bergerak-gerak macam robot pulak..Em tak dapat tengok gerhana bulan,tengok burung hantu pun jadilah...
 kenapa agaknye burung hantu ni mari singgah kat rumah aku ye???sesat ke???ataupun sebab takde bulan tu anak burung hantu ni terbang merayau-rayau..hehehe...pandai-pandai je aku meneka... Hah!jangan tertipu pulak dengan gambar ni,gambar ni saya ambil dekat internet... Nak tangkap gambar tak jelas pulak maklumlah mse tu lampu kat luar rumah saya rosak.. 0Keylah!! sampai disini sajelah eak...Tatatata...Nak tengok TV pulak ni...Hehehehe